//heart skip a beat.

heyho there ! welcome to my blog, follow or just leave from here..thanks





MASALAH WANITA : keputihan
Sunday, December 2, 2012 | 10:47:00 PM | 0 blackmail
Assalamualaikum,

okay di sini ada sedikit info kesihatan bagi kaum hawa di luar sana juga pada diri sendiri,iaitu masalah keputihan.masalah ina sering dihadapi oleh kaum hawa,kadang kala masalah ini bole mungundang kepada kurang keyakinan diri.kita juga akan berasa tidak yakin untuk berdamping dengan orang sekeliling.persoalan sekarang,adakah keputihan ini normal atau abnormal ?


KENAL PASTI KEPUTIHAN NORMAL
PUTIH: Lelehan pekat,putih dan tidak menyebabkan kegatalan.Tapi jika sebaliknya itu menandakan jangkitan kulat.

JERNIH: Ia petanda kamu sedang ''subur''.

JERNIH SERTA CAIR: Ia boleh berlaku pada waktu berbeza dalam kitar kesuburan,dan mungkin keluar lebih banyak selepas senaman berat.

KUNING ATAU HIJAU: Ia mungkin petanda jangkitan terutama jika ia pekat dan agak berketul seperti keju,selain berbau busuk.Elok lah berjumpa doktor segera untuk rawatan lanjut..

MERAH KEHITAMAN: Boleh berlaku selepas haid,ia mungkin sisa darah haid.

''SPOTTING''/ LELEHAN MERAH: Ia mungkin berlaku disaat kamu sedang subur,ketika peringkat awal kehamilan,atau ketika kamu sedang dalam haid.Jika ia berlaku sepatutnya kamu haid-tapi ia tidak berlaku,maka kamu sebaiknya menjalani ujian kehamilan.

PERIHAL JANGKITAN KULAT

Hakikatnya setiap wanita sihat ''menyimpan'' sedikit kulat pada sekitar kawasan kemaluan. Begitupun,jika jumlahnya bertambah dari kadar sepatutnya,situasiakan berubah kepada jangkitan. Dan biasanya ia tiada kena mengena dgn si suami.
Antara puncanya termasukklah mengambil ubat antibiotik,hamil,kencing manis atau kesan terlalu panas hingga banyak berpeluh. Petanda jangkitan kulat? Antaranya ialah keputihan pekat,bengkak serta sakit pada sekitar rahim,gatal keterlaluan,dan kesakitan ketika seks berlansung.
Untuk merawatnya doktor akan mengambil contoh sel daripada kemaluan kamu untuk menentukan jenis kuman yang menyerang. Kemudain kamu mungkin akan diberi ubat untuk dimasukkan kedalam salur kemaluan. Ia berfungsi unntuk ''membersihkan '' kawasan terbabit.Tidak pun kamu mungkin akan diberi ubat makan..


JENIS JANGKITAN KULAT

Antara yang sering menyerang wanita muda ialah bacterial vaginosis (BV). Ia berpunca dapipada bakteria Gardenella Vaginalis . Antara tanda nya ialah lelehan kelabu atau kekuningan berbau hanyir yang lebih kuat selepas seks atau bila di basuh dengan sabun. Apapun ia boleh dirawat dengan antibiotik.

Selain itu bengkak pada alat sulit atau Bartholin cyst juga boleh dialami,iaitu bila berlaku pembengkakan setempat pada bahagian bawah bibir kemaluan.Pesakit mungkin tidak perasan kerana saiznya agak kecil. Ia boleh dikawal melalui pembedahan kecil untuk mengeluarkan cecair terkumpul pada kelenjar itu..

Sementara itu, trichomoniasis pula berlaku disebabkan oleh sejenis organisma yang digelar trichomonas vaginalis. Dan kamu boleh dijangkiti jika melakukan seks tanpa perlindungan bersama pasangan yang telah dijangkiti. Masalah ini perlu dirawat menggunakn antibiotik khusus. Selain lelehan kuning atau kekuningan (bagi kes lebih serius), jangkitan ini turut menyebabkan bau hanyir dan rasa sakit serta gatal ketika buang air kecil. Biasanya ketara selepas haid.

Chlamydia dan gonnorhea juga boleh memburukksn masalah keputihan..
Apapun semua masalah diatas boleh diatasi dengan pil atau suntikan antibiotik..


baca laa,santapan petang :)
Wednesday, June 20, 2012 | 6:11:00 PM | 1 blackmail



keburukan tidur lewat,baca jangan tak baca !
Friday, May 18, 2012 | 4:52:00 PM | 0 blackmail
ASSALAMUALAIKUM,SELAMAT PETANG.

Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.

Punca utama kerosakan hati adalah:

  1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
  3. Terlalu banyak makan.
  4. Tidak mengambil sarapan.
  5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.

Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Kerana ....

Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:

Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.

Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.

untuk tatapan awok awok,
jum kempiskan perutt !
Wednesday, May 2, 2012 | 2:04:00 PM | 0 blackmail

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya

Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa. Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untukmengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perutadalah:

1. Minum Air Masak Yang Banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan Perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.

4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakitperut buncit ini.

5. Kesan Pengambilan Ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari Sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan Senaman atau Bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

tips kecantikan ♥
Tuesday, February 28, 2012 | 3:52:00 PM | 0 blackmail
Menghapuskan Jerawat

Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-

Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

Menghilangkan Bintik Hitam
Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.

Tegangkan Kulit Muka
Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.

BoldMenghilangkan Parut di Muka
Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.

Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Kulit Muka Lembut dan Cerah
Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.
Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.
Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.
Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.

Hilangkan Parut Demam Campak
Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua ini :-
Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat.
Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari.
Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari.

Melicinkan Kulit Muka
Jika anda memiliki wajah yang kasar, jangan cepat putus asa. Cubalah petua ini:-

Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.

Mengekalkan Seri Wajah
Wajah pengantin menjadi tumpuan ramai pada hari pernikahannya. Untuk menyerikan lagi, cubalah petua ini :-

Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat.
Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit.
Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Insya-Allah, wajah akan berseri pada hari persandingan.

Menghilangkan Panau di Muka
Gosokkan halia pada kulit yang berpanau. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air biasa. Lakukan 3 kali sehari.
Tumbuk dua helai daun gelenggang hingga hancur. Sapukan pada kulit yang berpanau.

Alat Solek Tidak Sesuai
Basuh muka dengan air kelapa setiap hari sehingga bengkak-bengkak atau gatal sembuh.
Jika masih belum menunjukkan tanda-tanda yang tidak baik, segeralah mendapatkan rawatan dari pakar kecantikan.

Kulit Muka Berminyak
Parut buah epal hingga halus. Kemudian sapukan pada muka, bairkan selama 15 minit. Kemudian cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.

Melembabkan Muka
Bersihkan muka dengan air suam. Panaskan madu hingga menjadi suam-suam kuku. Sapukan madu ini pada muka dan urutkan perlahan-lahan. Biarkan setengah jam dan bersihkan.

ANDA JUGA BOLE MENGGUNAKAN SAYUR SAYURAN

Daun Pegaga:

1. Ambil daun pegaga dan basuh sampai bersih.

2. Tumbuk daun pegaga tadi sehingga hancur.

3. Campurkannya dengan sedikit air.

4. Kemudian, campurkan pula bedak sejuk dengan daun pegaga tadi.

5. Kacau semua campuran tadi sehingga sebati.

6. Akhir sekali, sapukanlah ramuan tersebut pada muka anda setiap malam sebelum tidur.

Terung Muda:

1.Ambillah sebiji terung muda.
2. Kemudian, gosok bahagian dalam terung (bahagian permukaan yang dipotong tadi) ke muka anda. Terutamanya di bahagian dahi dan pipi.

3. Selepas itu, jangan dibuang dulu terung tadi. Sebaliknya, potonglah lagi selapis bahagian dalam terung itu tadi. Kemudian, ulanglah langkah no. 2 di atas.

4. Anda boleh melakukannya beberapa kali sehinggalah permukaan terung telah habis digunakan.



tips memujuk lelaki merajuk,amalkan.
Saturday, February 25, 2012 | 6:41:00 PM | 0 blackmail
jika anda(perempuan khususnya tak kisahla wanita atau anak dara), bersikap NEGATIF dalam hal yg anda buat, ia takkan kemana2... sebaliknya, kat situ je. sbb, kalau kita imbas kembali, pelajaran matematik sekolah rendah dulu.( ke tingkatan 1), negatif membuatkan pengiraan itu kebelakang. (boleh bg ceramah motivasi aku ni..hehehe ) betul tak? bukan betul kepada aku nak jd motivator tu....betul kepada pengiraan negatif tul. betul tak?

so jangan bersikap NEGATIF! terus positif dan kau positif-positif lagi! baru anda akan berjaya..

sesungguhnya, kaum LELAKI sebenarnya kaum yang paling kuat merajuk.

setuju
atau
tidak
?

korang setuju atau tak, takde hadiah jika betul. kalah pun takde hadiah. sbb aku nak cakap, tak semua laki kuat merajuk. maksud ayat disitu, adalah LELAKI PUN ADA RAJUKNYA.

maka kali ini, saya tampil di dinding blog ini utk berkongsi tips utk memujuk lelaki. sbb ape lelaki saja? pujuk perempuan? haa saya cakap pasal laki, sbb saya laki. kalau saya perempuan, saya cakap pasal perempuan.

si polan : hbs entry awak sebelum ni cite pasal perempuan, masa tu awak jadi perempuan la ek?

haih... susah la kalau ada soklan mcm ni.. nasib baik aku je yg reka soklan ni. so aku leh la jawab...

jadi tipsnya adalah sperti berikut :

yang pertama! :

KENAL PASTI DULU PUNCA!

kamu kaum hawa, perlu pastikan dulu punca. bagaimana? tanya dia? hahah kalau laki tu menjawab sebabnya, alangkah beruntungnya kamu. tapi, jika dia tak jawab, haa alamatnya, carilah sendiri...

mana jawapan si polan atas? aku dah jawab dah... knp korang tak tahu? sbb aku yg reka soklan tu, dan aku dah jawab la.. dalam ht... hehehe

sambung perbincangan kita...

perempuan A : kadang2 kami perempuan tak sedar akan kesilapan kami. jadi tak tahu puncanya...

jawapan : korang kenal berapa lama? dah serius ke belum? couple? tunang? kawin? kalau korang br kenal sebulan dua, itu kawan. kawan yg buat hal nak merajuk2 ni, lupakan la.. cari kawan lain. dah serius? BFF? couple? kenapa korang tak peka pada couple korang? korang ni nak main2 ke dgn hubungan korang tu? atau nak kekal sampai akhirat? pk semula...

perempuan A : jangan la marah...

saya tak marah...saya cakap jer... dah tunang? tak tahu punca dia merajuk? mcm ni nak kawin dgn dia?

perempuan A : kalau mcm tu, kira kami tak sefahaman la. putus tunang la!

eh eh! senangnya...awak dah decide nak tunang dgn dia, dan hidup dgn dia, jangan gatal2 nak putuskan dan malukan nama keluarga. awak perlula mula belajar memahami dia. bukan bersikap cari yang lain. kalau nak cari yang lain, masa awak mula2 nak melangkah ke hubungan yang serius tu. dah tunang, nak2 taknak, usaha la ke arah kebaikan...

awak dah kawin pun tak sedar ape yg awak dah buat sampai suami awak merajuk? ya Ampun... berbalik la kepada suami awak. berdosa tau buat suami merajuk. pergi cari puncanya dahulu.

KEBIASAANYA, lelaki ni merajuk jika berlaku perselisihan faham antara 1 sama lain. biasanya perselisihan yang berlaku adalah disebabkan ketidakpuasan hati nya dan bertindak tuk merajuk dan membawa diri dgn tidak mereply sms dan mengangkat call anda. kalau reply pun, balas sepatah2.. kalau angkat call pun, jawab sket2 jer.

si perempuan yang bingung ini pula akan terus menghubunginya utk mendapat jawapan,kenapa dia merajuk dan sebgainya, dgn hati yg berkata perkara kecik pun nak merajuk, macam budak2...laa dah itu perangainya...yg kau nak terima dia dulu, sape suruh... terima je la..

bukan ape, dia taknak menambahkan serabut dikepala nya lagi bila dia menjawab sms itu dan mengangkat call itu. tahu la perangai perempuan ni, yang bnyk soal+songeh+ dan suka mencabar dan mengkritik perangai lelaki. lelaki pula pantang dicabar. Jika anda tidak sayangkan perhubungan anda, anda boleh berbuat sedemikian. dia akan semakin jauh...anda leh bnyk soal, bnyk songeh dan mencabar kredibiliti seorang lelaki. kalau tak kena carut, lempang....kena tengking! kih kih...
BERIKAN RUANG UTK DIA(LELAKI TU LA)

ruang dan masa ini lah akan mencelikkan mata dia samada patutkah dia merajuk? patutkah dia terus merajuk? jadi berikan dia masa.

A) JIKA DIA RASA TAK PATUT, dia sendiri akan hadir pada anda dan meminta maaf atas kelakuan dia.

B) JIKA DIA RASA PATUT, dia takkan dtg.(short, simple and steady~)


BERIKAN SOKONGAN 100%

jika anda seorang yang memahami, berikan sokongan kepada dia. contohnya, jika dia bersikap berdiam diri dgn menonton tv atau pura2 buat keje, biarkan. layankan ape sahaja yang dia nak buat.

A) JANGAN melawan atau memerli apa yang dia buat.

B) JANGAN membalas dgn ape yg dia buat. (dia leh buat, aku pun leh- ini ibarat mencurah minyak Pertonas Ron 97 yang mahal tu ke arah api pada kereta yang sedang terbakar)

ini kerana, apa sahaja keje yang dia buat, bukan la dia buat 100%, dlm otak dia, ligat memikirkan masalah yang berlaku.


JANGAN TANYA APA2

jangan sesekali anda bertanya kenapa dia merajuk? kenapa dia bersikap sedemikian..apekah perasaannya sekarang... kerana soalan2 itu boleh membuatkan kepala dia pecah dek kerana soklan2 anda itu yang menghalang dia berpk utk menyelesaikan masalahnya.akibatnya : dia akan lebih menjauhkan diri pada anda..... nasib awok la.... sape suruh bnyk tanya pada salah waktu...


GEMBIRAKAN HATI ANDA

sementara laki anda memulihkan diri dari rajuk itu, anda jangan kusutkan kepala. ambil langkah dengan menggembirakan hati anda. dengan melakukan hal anda, yang mana hal tersebut, tidak membuatkan dia boleh berasa bertambah merajuk. seperti main game. tgk tv, baca novel. dsbginya.. jika si dia tak suka anda shopping dan keluar rumah, jgn sesekali menggembirakan hati anda dgn cara begitu. kerana ia seperti situasi minyak Ron97 tu jg. dan jangan jg bersikap menunjukkan sikap gembira anda itu didepan dia, atau di dinding facebook. ini kerana, dia akan menganggap, anda tidak memperdulikannya. seterusnya membuatkan dia bertambah merajuk... nasib awok lagi....


BUAT SESUATU

jika sudah masuk hari ke 3, dia masih dalam mood rajuk, anda jgnla duduk diam lagi. anda perlu bertindak sesuatu. anda perlu melakukan sesuatu yang dia suka. samada, memohon maaf dgn cara yang kreatif, memasak utknya, menghantar movie2 cinta. atau memberikan dia lagu2 yang memberi maksud cinta... sesetengah lelaki, rajuknya akan cair jika dia ditontonkan kisah cinta. lebih2 lagi, ada kaitan dalam hidup dia.... mmg cepat cair.. cubalah!
tanda tanda lelaki merajuk !
Monday, December 19, 2011 | 10:45:00 AM | 0 blackmail
> Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

> Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

> Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan… )

> Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

> Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

> Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

> Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

> Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat… Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

> Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun…
tanda tanda lelaki jatuh cinta !
| 10:42:00 AM | 0 blackmail
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghibur kekasihnya..
3. Dia banyak menasehati kekasihnya karena dia amat menyayanginya.
4. Dia berusaha mengukung kebebasan kekasihnya karena perasaa cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia selalu mengawasi gerak-gerik kekasihnya karena dia sentiasa merasa curiga. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
7. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpahkanseluruh perhatian kepadanya.
8. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian karena dia mau kekasihnya melayaninya lebih dari orang lain.
9. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
ciri-ciri orang yg mencintai kamu
Monday, October 31, 2011 | 6:42:00 PM | 0 blackmail
Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan senarai ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.. untuk pedoman bersama :)

-Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

-Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

-Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

-Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

-Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

-Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

-Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

-Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

-Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

-Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

-Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

-Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

-Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

-Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

-Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'

-Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

-Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

-Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

-Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

-Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

-Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

-Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

-Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

"Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... Kamu akan menyesal melakukannya!"


setiap masalah dllm p'cntaan mesti ada penyelesaian
Thursday, October 20, 2011 | 10:10:00 PM | 0 blackmail
TIADA HALA TUJU
Apapun yang anda buat dalam hidup perlukan ‘main target’ ataupun matlamat. Tanpa matlamat, hidup anda pasti berliku. Tanyakan kembali kepada diri anda kenapa anda bercinta dengan si dia? Jika anda ingin dia menjadi pasangan hidup anda, mulalah pasang matlamat dalam matlamat anda dan isikan dengan matlamat-matlamat yang kecil.


Sebagai contoh, sekiranya anda dah target untuk berkahwin dalam masa 6 tahun lagi, jadi buat juga matlamat kecil dalam masa 6 tahun itu seperti setiap 6 bulan bercuti bersama ke tempat-tempat yang baru. Jadi anda tidak akan rasa 6 tahun itu lama. Jika matlamat itu tidak tercapai tidak mengapa, yang penting anda ada target dan jadikan hubungan anda lebih bermakna.


BELUM BERSEDIA
Salah satu sebab cinta hambar ialah kerana sikap seseorang itu yang masih belum benar-benar bersedia untuk bercinta. Memang benar mulut mengatakan cinta tapi sejujurnya hati masih belum bersedia untuk berpasangan. Sebagai contoh:
  • Masih mengutamakan member daripada pasangan. Kalau member dan pasangan ajak keluar pada masa yang sama, lebih rela keluar dengan member sebab malu keluar dengan si dia.
  • Tidak boleh angkat call daripada si dia walaupun hanya di sebelah hanya disebabkan DOTA.


TIADA PERSEFAHAMAN
Seperti biasa ialah kesefahaman. Mungkin kerana sikap anda yang terlalu pemalu dan tidak bertanya menyebabkan anda kurang berbincang mengenai perhubungan anda. Setiap kali berjumpa mesti akan bercerita tentang hiburan semasa ataupun berita semasa. Dalam perhubungan, sekiranya anda benar-benar serius inginkan dia, anda tidak perlu berasa malu untuk memberitahu apa yang anda mahu dan apa yang anda harapkan daripada dia. Kerana mungkin dia tidak tahu apa yang sebenar-benarnya anda inginkan.


MEMENTINGKAN DIRI
Kadangkala anda tidak sedar bahawa sikap anda seperti mengongkong dan terlalu berharap adalah satu bebanan yang berat bagi dia. Anda kena sedar bahawa cinta perlukan tanggungjawab dan pengorbanan. Layanlah dia seperti anda melayan diri sendiri kerana dia menyimpan separuh lagi jiwa anda. Jadi menyakiti dia sebenarnya umpama menyakiti diri sendiri. Jadi cara paling baik ialah duduk bersendirian di tempat yang sunyi kemudian bermuhasabah diri. Fikirkan kembali apa salah anda.

TIDAK UP TO DATE
Kalau selalu keluar dating tengok wayang, makan pizza dan main boling kat tempat sama, tak bosan ke? Cubalah lebih kreatif terhadap perhubungan anda. Mungkin dengan cara jadi lebih romantik mahupun update dating anda. Mungkin anda boleh berkelah, pergi ke muzium, tengok bola kat stadium ataupun ke zoo. Pastikan hubungan anda sentiasa update, update dan update. Amat penting bukan semasa bercinta saja malah selepas berkahwin.


ANASIR LUAR
Tidak dinafikan hubungan juga jadi hambar kerana anasir luar seperti tekanan di tempat belajar atau di pejabat, tekanan daripada keluarga mahupun angkara orang ketiga. Mungkin juga kerana si dia terlalu banyak menonton cerita korea sehinggakan mengharapkan cinta seperti drama tersebut. Cara untuk mengatasinya ialah dengan mencegah sebelum terlambat. Sekiranya anda sudah nampak perubahan pada pasangan anda, cubalah duduk berbincang untuk menyelesaikan bersama.

Namun harus diingat sekiranya si dia benar-benar tidak lagi menyintai anda walaupun anda telah cuba bermacam cara untuk selamatkan perhubungan anda, jangan anda paksa dia untuk kembali pada anda. Kerana cinta tidak boleh dipaksa.




Older Post

Hello hello,mood raya lagi ni.semakin hari semakin cinta