//heart skip a beat.

heyho there ! welcome to my blog, follow or just leave from here..thanks





setiap masalah dllm p'cntaan mesti ada penyelesaian
Thursday, October 20, 2011 | 10:10:00 PM | 0 blackmail
TIADA HALA TUJU
Apapun yang anda buat dalam hidup perlukan ‘main target’ ataupun matlamat. Tanpa matlamat, hidup anda pasti berliku. Tanyakan kembali kepada diri anda kenapa anda bercinta dengan si dia? Jika anda ingin dia menjadi pasangan hidup anda, mulalah pasang matlamat dalam matlamat anda dan isikan dengan matlamat-matlamat yang kecil.


Sebagai contoh, sekiranya anda dah target untuk berkahwin dalam masa 6 tahun lagi, jadi buat juga matlamat kecil dalam masa 6 tahun itu seperti setiap 6 bulan bercuti bersama ke tempat-tempat yang baru. Jadi anda tidak akan rasa 6 tahun itu lama. Jika matlamat itu tidak tercapai tidak mengapa, yang penting anda ada target dan jadikan hubungan anda lebih bermakna.


BELUM BERSEDIA
Salah satu sebab cinta hambar ialah kerana sikap seseorang itu yang masih belum benar-benar bersedia untuk bercinta. Memang benar mulut mengatakan cinta tapi sejujurnya hati masih belum bersedia untuk berpasangan. Sebagai contoh:
  • Masih mengutamakan member daripada pasangan. Kalau member dan pasangan ajak keluar pada masa yang sama, lebih rela keluar dengan member sebab malu keluar dengan si dia.
  • Tidak boleh angkat call daripada si dia walaupun hanya di sebelah hanya disebabkan DOTA.


TIADA PERSEFAHAMAN
Seperti biasa ialah kesefahaman. Mungkin kerana sikap anda yang terlalu pemalu dan tidak bertanya menyebabkan anda kurang berbincang mengenai perhubungan anda. Setiap kali berjumpa mesti akan bercerita tentang hiburan semasa ataupun berita semasa. Dalam perhubungan, sekiranya anda benar-benar serius inginkan dia, anda tidak perlu berasa malu untuk memberitahu apa yang anda mahu dan apa yang anda harapkan daripada dia. Kerana mungkin dia tidak tahu apa yang sebenar-benarnya anda inginkan.


MEMENTINGKAN DIRI
Kadangkala anda tidak sedar bahawa sikap anda seperti mengongkong dan terlalu berharap adalah satu bebanan yang berat bagi dia. Anda kena sedar bahawa cinta perlukan tanggungjawab dan pengorbanan. Layanlah dia seperti anda melayan diri sendiri kerana dia menyimpan separuh lagi jiwa anda. Jadi menyakiti dia sebenarnya umpama menyakiti diri sendiri. Jadi cara paling baik ialah duduk bersendirian di tempat yang sunyi kemudian bermuhasabah diri. Fikirkan kembali apa salah anda.

TIDAK UP TO DATE
Kalau selalu keluar dating tengok wayang, makan pizza dan main boling kat tempat sama, tak bosan ke? Cubalah lebih kreatif terhadap perhubungan anda. Mungkin dengan cara jadi lebih romantik mahupun update dating anda. Mungkin anda boleh berkelah, pergi ke muzium, tengok bola kat stadium ataupun ke zoo. Pastikan hubungan anda sentiasa update, update dan update. Amat penting bukan semasa bercinta saja malah selepas berkahwin.


ANASIR LUAR
Tidak dinafikan hubungan juga jadi hambar kerana anasir luar seperti tekanan di tempat belajar atau di pejabat, tekanan daripada keluarga mahupun angkara orang ketiga. Mungkin juga kerana si dia terlalu banyak menonton cerita korea sehinggakan mengharapkan cinta seperti drama tersebut. Cara untuk mengatasinya ialah dengan mencegah sebelum terlambat. Sekiranya anda sudah nampak perubahan pada pasangan anda, cubalah duduk berbincang untuk menyelesaikan bersama.

Namun harus diingat sekiranya si dia benar-benar tidak lagi menyintai anda walaupun anda telah cuba bermacam cara untuk selamatkan perhubungan anda, jangan anda paksa dia untuk kembali pada anda. Kerana cinta tidak boleh dipaksa.




Older Post | Newer Post

Hello hello,mood raya lagi ni.semakin hari semakin cinta